Wednesday 27 March 2013

Satu permintaan.

Warning = kegatalan melapau.


     Kalau aku diberi satu permintaan, aku nak lihat tubuh tinggi lampai itu berada dihadapan aku setiap hari, berjalan memasuki pagar yang sama dan menyusuri jalan yang sama sekali lagi. Anak petani kelahiran Kedah itu, senyumannya agak luar biasa. Setiap hari, aku bagaikan tertarik hendak mengejarnya dari belakang, berjalan seiiringan dengannya dan bersembang bertukar-tukar cerita. Ramai yang menggosipkan kami bersama, but liking someone doesn't mean that you have to be lovers. Walau ramai yang berkata, lelaki dan perempuan bukan ditakdirkan untuk berkawan kerana perasaan cinta akan datang juga sebagai pengacau dan orang tengah satu hari nanti, namun aku sendiri tidak pasti perasaan aku kepadanya, dan aku pasti dia juga tidak punyai apa-apa perasaan terhadapku. Hubungan kami pastinya bukan berdasarkan cinta, kami mahu bersahabat. Ya, kalau ditanya siapakah kawan baik a.k.a best friend aku, dengan jujurnya aku akan menjawab ; Muhammad Rizal bin Ridzuan Shah.


Hahaha. Wujudkah ikatan 'persahabatan' seperti di atas ? Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik, tapi tak ada apa-apa rasa cinta mahupun perasaan sesama sendiri ? hmm... Topik ni masih lagi dalam siasatan aku. Perenggan atas ni, merupakan idea untuk satu cerita pendek yang sedang aku usahakan haha (mungkin bakal diusahakan dgn Cik Liyana Shuib satu hari nanti? )

1 comment :

  1. As you can see there are not many requirements to be met

    ReplyDelete