Thursday, 28 February 2013

Aku dan seorang pakcik


Assalamualaikum wbt  :)

Apa agaknya perasaan anda kalau ada seorang pakcik tua mula mendekati anda,
anda waktu tu tengah leka membelek majalah,
tiba-tiba pakcik tu bagi duit RM 4.00 sambil menunjukkan majalah yg dibelinya.

"adik, pakcik nak beli majalah ni.."

TETAPI majalah tu harganya RM 5.00
apa yg anda fikir ?

'eh pakcik ni apasal bagi aku duit ni, dahla tak cukup'
'kesian pulak kat pakcik ni, beli majalah remaja, mesti dia beli untuk anak/cucu dia'
'tapi tak cukup duit dia ni, macam mana ni ?'
'ah, suruh dy bayar sendiri jela, aku bukan salesgirl kedai majalah ni.'
'Ish kesian pakcik ni, beg duit pun takde '
'adei, kau nk beli majalah ke tak ? macam kau kaya sangat bawak duit pun cukup-cukup jer nak beli majalah Gempak (ahaha) '
'ish mana taw aku ni kena tipu ke ? memang taktik pakcik tu ke '
'kesian pakcik tu wei.'

Syaitan dalam diri pun mulalah nak bagi hujah-hujah bernas.

'kau amik je duit tu, biar pakcik tu bawak balik majalah tu, setel la masalah. boleh beli DUA ISSUE MAJALAH GEMPAK !!!! '
'kau nampak je dia tu tua, naik moto cabuk, tah-tah pangkat Dato'

ahahaha tergelak sat. Astaghfirullahalaziiiiimmm. Syaitan dalam diri tumpas xD

siapa tak kesian bila tengok pakcik tua siap berkopiah putih, senyum pada kita.
tangan pun teketar-ketar hulur 4 helai not biru.

'terima kasih pakcik'

Aku sambut duit itu dengan senyuman, pakcik dan moto cabuknya aku perhatikan sampailah dia hilang dari pandangan.

auntie kedai majalah duk menyembang potpetpotpet tak sedar apa yg berlaku.

aku capai majalah yang pakcik tadi beli,

" Auntie, saya nk majalah ni " 
" 5 ringgit adik, mau plastik ? "
" ahaha tak payah makcik, saya ni pencinta alam sekitar "
" haahaa bagusla "

auntie tadi menyambung perbualan yg terhenti.
majalah yang aku beli tadi, aku letak balik di tempatnya.
aku keluar, dengan tangan kosong.

-by Cik Ungu // pelangi