Sunday, 3 March 2013

Dinding.


Mudah tersentuh.
Mudah menangis.
Mudah cedera.
Mudah marah.

Aku.

Kawan cakap sikit, tersentuh. Masuk bilik air terus menangis.
Luka eleh sikit je, masuk bilik hempas pintu. xD
Marah kat adik-adik, kecewa. Kaki terus mengorak langkah ke bilik tanpa disuruh. :3

Hempas badan atas katil, mengiring tengok dinding, tarik selimut sampai tutup satu badan.
Kadang-kadang lupa nak bukak kipas,
Tak kisah la kalau panas pun, janji boleh menangis. :D

Menangis sampai suara serak macam jantan.
Menangis sampai teresak-esak tak cukup nafas.
Tak apa.
Ambil bantal tekup muka, ambil selimut lap hingus (ahahaha, tipu la tak buat ceniii)

Samakah kita ?

So aku pun mulalah berdialog dengan diri sendiri,

' Jangan nangis.. hodohnya muka..'
' Biarlah aku nak release tension '
' Bukan dengan cara ni...'
' Aku tak ada cara lain dah ? Aku nak mengadu kat siapa? Orang yang aku selalu mengadu pun dah blah'
' Jangan ckp camtu.. sabarlah.. jangan seksa diri..'
' Dia yang seksa aku '
' Dia bodoh, tak nampak kau siapa.. nanti kau jumpa dengan mamat lagi hensem k, pasni boleh ngorat-ngorat'
' Aku taknak ngorat orang, aku hidup bukan nak ngorat orang '
' Dah tu kenapa kau nangis. Stop okay. Okay..'

hahaha. saat tu ter 'realize' kebodohan diri.
Badan sengaja dirapatkan ke dinding.
Sejuk. Pipi pun ditekap-tekap ke dinding.

'Dinding. Kau aje kat sini dengar cite aku tau, jangan cite kat orang okey, shhhhhhhh !'
'Macam orang gila hahaha cakap dengan dinding'
'Mesti aku ni nampak menyedihkan gile kan, merengkot cam udang'
'eh dinding kalau kau boleh cakap kan best'
'ehee... tak tak, kalau kau boleh cakap, err... eiii. -meremang bulu roma- takpe kau diam jela k'

Aku ambil pensel.
Aku mulakan contengan di dinding.

' Its okay..'
' Kuat k, aku tau kau kuat'
' Biarlah.. sabar k'

tak lama lepas tu, aku tertidur.

Esoknya, aku menagis lagi.
Rutin yang sama aku ulang.
Kunci pintu, hempas badan atas katil, tarik selimut, mengiring ke dinding.

Tapi hari ni lain.
Guess what I saw on the wall. :)
Buatkan hati aku lebih tenang.


Kisah benar - Pelangi

No comments :

Post a Comment