Saturday 15 February 2014

I'm so sad when I read this. [UPU]


Kemasukan ke IPTA peringkat Ijzazah dengan kelayakan STPM/Matrikulasi diproses melalui komputer dan bergantung kepada CGPA (pointer) yang sesuai dengan Kursus/program yang dipohon. Walaupun melepasi syarat minimum Kursus/program (biasanya sekitar 2.5/2.7), cut-off sebenar bergantung kepada program/kursus yang dipohon.

Cut-off masing-masing berlainan bergantung kepada DEMAND/PERMINTAAN kursus berkenaan. Oleh kerana terlalu ramai memohon Kursus Perubatan contohnya, kalau anda mempunyai CGPA 3.9 pun tak payah buang masa memohon. Kalau di Universiti Teknologi Malaysia, kursus seperti Kejuruteraan Aeronautik kini mempunyai cut-of sekitar 3.8. Maknanya, kalau setakat dapat 3.5, memang tak akan dapat.

Masalahnya ialah jika seorang pelajar  'ambitious', dia merasa CPA 3.5 sudah cukup baik dan dia meletakkan pilihan PERTAMA kursus yang high demand, maka dia tak dapat.. Seterusnya komputer akan pergi ke KURSUS pilihan kedua yang( walaupun kurang sedikit DEMAND), tetapi telah dipenuhi oleh orang lain yang terlebih dahulu meletakkan PILIHAN PERTAMA mereka di situ, walaupun CPA mereka hanya 3.4 .. begitulah dia akan gagal masuk ke pilihan ketiga dan seterusnya kerana sudah dipenuhi oleh  orang yang meletakkan kursus tersebut sebagai pilihan Pertama. Kesudahannya, dia tak dapat langsung Kursus yang dipilihnya.. atau ditawarkan kursus yang 'dilelong' i.e. tidak diminati orang.

Untuk kemasukan dengan kelayakan Diploma, pemilihan dibuat oleh 'manusia' (bukan komputer) tetapi juga mengikut sistem yang serupa i.e. kursus high demand mempunyai cut-off tinggi. Lagipun, bilangan tempat bagi calon berkelayakan Diploma jauh lebih sedikit berbanding calon matrikulasi/STPM, jadi competition juga tinggi. Ini bermakna, jika anda mempunyai kelayakan Diploma, cut-offnya jauh lebih tinggi bagi kebanyakan kursus.

Oleh itu, ketika kita pilih kursus,  pastikan  ambil kira faktor competition dan demand yang akan menaikkan cut-off berkenaan.

Jika ada yang memerlukan nasihat/maklumat lanjut, sila hubungi saya personally.

Prof. Dr. Omar Yaakob 

Link asal: http://www.facebook.com/notes/omar-yaakob/kenapa-saya-gagal-ke-ipta-walaupun-pointer-matriks-saya-tinggi/2157559413774

[Prof Dr Omar boleh dihubungi melalui facebook beliau http://www.facebook.com/omar.yaakob Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan IKRAM Malaysia]

Saya copy paste dari belog ni 


JENG JENG JENG

DENGAN INI PUNAHLAH HARAPAN DAN BERKECAILAH HATI SERTA REMUK JIWA PEMILIK BLOG HUJAN PELANGI NI. HUAAAA. 

Sedih sangat tau bila baca post ni. Rasa macam dah tak layak nak pohon pharmacist lepas ni. :( Terpaksalah aku lupakan cita-cita yang dah lama terbukukukukukuku (pehal kau ni)
dalam jiwa ni... sobs sobs. Tak sure kemanakah arah tuju aku selepas ni, tapi yang pasti, kalau x dapat tempat dalam bidang perubatan ni, akan aku mintak bidang pendidikan. Education is the one and only field that sparks my interest. Thanks to my muet, I can apply for TESL. Not sure yet about my mysterious, upcoming future but In Sya Allah, It will be good. Allah SWT is the best writer. I have faith.

Bukan semua orang boleh jadi guru. Pandai tak semestinya boleh mengajar orang lain...
For the future:
I'm so exited for all the things to come ! 
Bring it on life. 



6 comments :

  1. :((
    Qila pun apply tesl :D
    Hmm kak, any tips for me? Takut lah nak masuk uni ni hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Qila. :D University life mmg best. Kalaulah ditakdirkan adik dpt TESL, memang kena study betul2. Silap akak haritu waktu sem 1 tak belajar betul-betul.. lagi satu, kalau nak further degree untuk TESL, MUET kena band 4... susah tau nak dpt band 4. Kat asasi ni pun band 4 jarang-jarang. Anyway, all the best adik! :D

      Delete
  2. Okay.... Dia macam ni.. walaupun SMA kelmarin busy ngn tugas2 nasib baik dpt curi masa dengar taklimat2 UPU dan pengambilan pelajar... Sistem pengambilan Pelajar (UPU) akan menggunakan sistem meritokrasi iaitu = 90% akademik + 10% KOKO ... That's mean if you're only get 4 flat for your CGPA but not for KOKO, kemungkinan besar orang yang dpt 3.8/3.9 yang full KOKO boleh potong budak 4 Flat yang x ikut KOKO ni... You get it right? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdenye encik suhaimi oii. pointer last sem pun ciput je.. huaaa

      Delete
  3. Same goes with me. Saya lepasan diploma, tgh nak mohon utk degree. Tapi entahlah....

    ReplyDelete
  4. wah. akak budak PALAM eh? hehe masa isi UPU sy ada mintak PALAM tapi yg sn fizikal punya lah. btw be tough. sabar. semua ada hikmah k :)

    ReplyDelete