Friday 12 April 2013

Bila kami bercakap tentang baju....

Assalamualaikum.

Entah kenapa, bila buka blog shopping online, semuanya nampak cantik, semuanya nampak comel-comel. Aiyooo. Walaupun kita tak boleh rasa kain baju tu, tak boleh try tapi tetap nak beli. Mula-mula memang rasa ragu-ragu, tapi bila dah empat lima kali bukak site yang sama, takkan nak tenung je screen komputer tu kot? Last-last click jugak butang 'buy now' tu. Tu pun selepas mak (tukang sponsor duit) jadi rimas sebab setiap 5 minit tanya 'Mama, boleh tak nak beli baju ni?'.


Baju daripada ThePoplook. :) Segan nak jadi model, buh gambar baju pun jadilah kan ?
Suka betul dengan baju kain chiffon . >.<

Bercakap pasal baju...


Aku ada seorang kawan yang memang minat sangat design baju. Dipendekkan cerita, haritu dia datang rumah aku, dengan design-design dia yang comel ni... Punyalah khusyuk bersembang, dia lupa bawak balik sketchbook dia... so, I took a snapshot of it. :) Jangan mara ye.. 

Tangan I gatal nak try jugak. =,=



er... selalu senget. =,=





Saturday 6 April 2013

Jealousy













I love you :
I'm not leaving. I'm offering a commitment. 
I'll be brave, to protect you is my priority.  
I'll be faithful. 

Jealousy :
The feeling of anxiety, insecure, and fear.

"It is not love that is blind, but jealousy."

Cinta tak lengkap tanpa ada rasa cemburu.
Pahitnya cemburulah yang mengindahkan cinta. :)


Wednesday 27 March 2013

Satu permintaan.

Warning = kegatalan melapau.


     Kalau aku diberi satu permintaan, aku nak lihat tubuh tinggi lampai itu berada dihadapan aku setiap hari, berjalan memasuki pagar yang sama dan menyusuri jalan yang sama sekali lagi. Anak petani kelahiran Kedah itu, senyumannya agak luar biasa. Setiap hari, aku bagaikan tertarik hendak mengejarnya dari belakang, berjalan seiiringan dengannya dan bersembang bertukar-tukar cerita. Ramai yang menggosipkan kami bersama, but liking someone doesn't mean that you have to be lovers. Walau ramai yang berkata, lelaki dan perempuan bukan ditakdirkan untuk berkawan kerana perasaan cinta akan datang juga sebagai pengacau dan orang tengah satu hari nanti, namun aku sendiri tidak pasti perasaan aku kepadanya, dan aku pasti dia juga tidak punyai apa-apa perasaan terhadapku. Hubungan kami pastinya bukan berdasarkan cinta, kami mahu bersahabat. Ya, kalau ditanya siapakah kawan baik a.k.a best friend aku, dengan jujurnya aku akan menjawab ; Muhammad Rizal bin Ridzuan Shah.


Hahaha. Wujudkah ikatan 'persahabatan' seperti di atas ? Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik, tapi tak ada apa-apa rasa cinta mahupun perasaan sesama sendiri ? hmm... Topik ni masih lagi dalam siasatan aku. Perenggan atas ni, merupakan idea untuk satu cerita pendek yang sedang aku usahakan haha (mungkin bakal diusahakan dgn Cik Liyana Shuib satu hari nanti? )

Tuesday 26 March 2013

B & B (Bed and Breakfast)

Bed and Breakfast.



A lost, forgotten dream of mine. 

Kadang kala impian lama mula menghantui tatkala diri dibelenggu dengan pelbagai pilihan kerjaya (chewah puitis lak). Bed & Breakfast, ialah salah satu daripadanya.

Impian aku untuk mempunyai sebuah rumah di sebuah perkampungan yang kecil, terletak hanya beberapa meter dari garisan pantai, dimana waktu paginya disambut deru ombak, satu tempat yang perfect, untuk keluarga dan pasangan yang penat dan menyampah dengan kehidupan di bandar. Kaki memijak pasir pantai yang putih, bukan tar panas yang hitam. Angin memukul-mukul muka, bukannya deruan asap daripada ribuan kereta. Panas di pantai bukan panas yang meletihkan, bukan seperti panas di bandar yang membahang.

Satu kabinet kayu gah berdiri di ruang tamu, dipenuhkan dengan buku-buku yang boleh menjadi bahan bacaan, surat khabar hari ini dilipat kemas dan diletakkan atas meja buluh yang terletak di tepi kabinet tadi. Perhiasan dan perabot yang extra large akan menjadi pencuci mata, pengahawa dingin sengaja disetkan kepada suhu yang paling sejuk (supaya tetamu dapat rasa angin sejuk menderu ke muka apabila membuka pintu :P), dan pasu-pasu bunga yang besar menghiasi setiap penjuru ruang tamu. Jangan lupa chandelier kecil dan lantai kayu sebagai penambah seri. Wifi sebagai utiliti wajib (pengusaha B&B yang bijak akan mengalakkan tetamunya menggunakan facebook, agen iklan yang terbukti efektif), pakej bergambar free, brochure menarik berkilat-kilat yang diletakkan di atas meja ( tetamu boleh ambil sebanyak manapun yang mereka mampu haha), pelampung pinjam, basikal yang berfungsi (basikal di pangkor rantai pun tak berminyak), motor (kapcai) sewa, dan mungkin juga kolam mandi di hadapan B&B. Haha, selagi duit dalam poket tak terbatas, buat lah apa pun yang terbayang di minda.

B&B aku, satu hari mungkin menjadi kenyataan. <3

-cik pelangi, cik hujan ngok ngek keja sekarang-

Saturday 9 March 2013

Rindu

Apa itu rindu ?

Rindu itu satu perasaan yang sukar ditafsirkan.

Perasaan itu amat sakit tetapi sangat indah.

Rindu hadir bersama resah dan gelisah. Tidur tenganggu, fikiran bercelaru. 

Rindu hadir tak kira masa tempat. 

Namun aku pasti, dalam penantian ini, aku sangat rindu padamu. 

-pelangi-

Sunday 3 March 2013

Dinding.


Mudah tersentuh.
Mudah menangis.
Mudah cedera.
Mudah marah.

Aku.

Kawan cakap sikit, tersentuh. Masuk bilik air terus menangis.
Luka eleh sikit je, masuk bilik hempas pintu. xD
Marah kat adik-adik, kecewa. Kaki terus mengorak langkah ke bilik tanpa disuruh. :3

Hempas badan atas katil, mengiring tengok dinding, tarik selimut sampai tutup satu badan.
Kadang-kadang lupa nak bukak kipas,
Tak kisah la kalau panas pun, janji boleh menangis. :D

Menangis sampai suara serak macam jantan.
Menangis sampai teresak-esak tak cukup nafas.
Tak apa.
Ambil bantal tekup muka, ambil selimut lap hingus (ahahaha, tipu la tak buat ceniii)

Samakah kita ?

So aku pun mulalah berdialog dengan diri sendiri,

' Jangan nangis.. hodohnya muka..'
' Biarlah aku nak release tension '
' Bukan dengan cara ni...'
' Aku tak ada cara lain dah ? Aku nak mengadu kat siapa? Orang yang aku selalu mengadu pun dah blah'
' Jangan ckp camtu.. sabarlah.. jangan seksa diri..'
' Dia yang seksa aku '
' Dia bodoh, tak nampak kau siapa.. nanti kau jumpa dengan mamat lagi hensem k, pasni boleh ngorat-ngorat'
' Aku taknak ngorat orang, aku hidup bukan nak ngorat orang '
' Dah tu kenapa kau nangis. Stop okay. Okay..'

hahaha. saat tu ter 'realize' kebodohan diri.
Badan sengaja dirapatkan ke dinding.
Sejuk. Pipi pun ditekap-tekap ke dinding.

'Dinding. Kau aje kat sini dengar cite aku tau, jangan cite kat orang okey, shhhhhhhh !'
'Macam orang gila hahaha cakap dengan dinding'
'Mesti aku ni nampak menyedihkan gile kan, merengkot cam udang'
'eh dinding kalau kau boleh cakap kan best'
'ehee... tak tak, kalau kau boleh cakap, err... eiii. -meremang bulu roma- takpe kau diam jela k'

Aku ambil pensel.
Aku mulakan contengan di dinding.

' Its okay..'
' Kuat k, aku tau kau kuat'
' Biarlah.. sabar k'

tak lama lepas tu, aku tertidur.

Esoknya, aku menagis lagi.
Rutin yang sama aku ulang.
Kunci pintu, hempas badan atas katil, tarik selimut, mengiring ke dinding.

Tapi hari ni lain.
Guess what I saw on the wall. :)
Buatkan hati aku lebih tenang.


Kisah benar - Pelangi

Saturday 2 March 2013

Shopping Muslimah :3

Assalamualaikum dearest ..

sejak cuti sekolah ni ,saya banyak berjalan-jalan melihat ke luar rumah .takdalah jauh sangat berjalan sampai ke luar negeri , saya masih di negara asal saya .jalan-jalan tengok bumi Allah ni memang best ,dah la luas ,cantik ,rasa kecil saja kita yang hidup kat muka bumi ini . INSAF.beberapa minggu lepas ,abang dan kakak pulang ke kampung meraikan pertunangan kakak saya di sini , diorang bawa saya jalan-jalan naik kereta baru kakak .jalan punya jalan sampai tak sedar hari dah malam .kami singgah tesco , beli belah ,lepastu pergi zonria dah somewhere lagi . jarang aku lihat pemandangan bandaraya Alor Star pada waktu malam .SubhanaAllah,indah juga .

masa kat tesco,kami ada la jugak beli baju sikit .saya tak bawa duit banyak .sedih betul lah .tapi dibelanja sehelai baju v-neck warna putih oleh mereka .tapi series saya cakap kat sana baju cantik cantik .inilah namanya tesco .barang barang basah kat sana pon segar dari ladang .semasa masuk tesco ,dalam kepala ni cuma ada list bahan2 tiramisu jaaa...saya  pergi survey cream cheese ,cheddar cheese kat sana.rupanya cheese agak mahal sikit .memanglahhhhh . =.=


semasa shopping di sana ,saya sempat melihat ramai orang,baju mereka,tudung mereka,fesyen mereka.ada yang bertudung,ada yang tak .tudung mereka pulak cantik cantik ada yang 3 layer,4 layer ,6 layer .hebat .
zaman sekarang mudah nak bergaya ,yang penting ikut islam . boleh je pakai shawl ke ,pashmina ke ,bawal ke , asalkan aurah anda dijaga . <3 kalau malas caari kat kedai ,kena naik kereta, bas bagai ,macam macam pilihan lagi ada .belilah online ,banyak apa tudung yang dijual dengan harga sepatutnya .nak mahal ,nak murah boleh je cari .cuma kena pandai search hehehehe.


saya pon pernah beli online .baju ,tudung , tapi taklah pelbagai sangat .untuk memudahkan wanita2 kat Mesia ni beli tudung online boleh lah visit website2 ni .diorang jual tudung,pakaian muslimah , semua comel comel .


ni Tudung People :3 (click kat link )



ni Scarf Sweet Honey (tudung labuh menutupi dada memang cantik ) :3



ni tudung dari  Cala Qisha ! cantik kan ? labuhhh. =D



ini pon cute .dari  Radiusite =3

sebenarnya semua tudung ni cantik cantik .tambahan lagi warna warna pastel dan ceria .pastinya menjadi kegilaan ramai wanita kat Mesia ni .hehee.saya just memberi cadangan dan website ni adalah website yang pernah saya kunjungi sebelum ni .rasa geram tengok semua shawl diaaa... semua cantikkk .

nanti dah beli ,sebelum pakai baca lah doa memakai pakaian baru .kan benda tu benda baru ,semoga kita mendapat pahala dan keberkatan memakai pakaian tuu .ni diaaaa =)



Maksudnya:

"Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".




-Cik Hujan-








Friday 1 March 2013

Auntie, Saya mencuri.

Aku korek tabung.
Berterabur duit syiling atas lantai, ada 8 ringgit. Semuanya duit syiling.
Cukup kah ? Cukup kah ?
Dada mula terasa sesak. Mula rasa menyesal tak sudah.

--------------------------------------------

Hari tu aku masuk kedai membawa beg sekolah. Aku pergi ke hujung ceruk kedai, Aha! Itu dia, buku, buku yang aku suka. Aku tak tahu harganya berapa, tapi degan pantas aku masukkan seberapa banyak yang mungkin kedalam beg.

Aku keluar dengan senyuman, bangga.

Sampai ke sekolah aku mula rasa bersalah,

di kelas, aku keluarkan buku-buku tu dan beri kepada kawan-kawan sebagai 'hadiah'.


' Ha banyak kan buku ! Amik lah sorang satu. Aku beli tadi '
' Eh Fatinnn banyaknyeee... Aku nk yang ni '
' Eh aku nk jugak nk jugak '
' Aku pun aku pun '

--------------------------------------------

Rasa bersalah makin hari makin berat,
aku tak boleh nk tutup mata tengok kawan-kawan aku tulis dan guna buku tu.

aku beranikan diri.

'Ibu, macam mane yek kalau orang tu mencuri, lepas tu dy bagi barang curi kat orang lain'
' Mana boleh, dia kena tanggung dosa semua kawan-kawan dia jugak'

Ya Allah takutnya..
ampukanlah dosaku Ya Allah..

Jadi aku nekad.

Keesokan harinya,
aku nampak auntie kupas bawang depan kedai,
berbekalkan duit syiling 8 ringgit,
aku melangkah longlai.

'Auntie, Saya curi buku kat kedai auntie'
lantas kuhulur semua duit syiling yang aku letak dalam kotak,
dan terus lari sekuat hati.


















Takut kepada Allah SWT telah membuatkan aku berani. Walaupun malu, takut, tapi Alhamdulillah semua tu berjaya diatasi. Alhamdulillah..

- Pelangi
rekaan semata2.. haha

Mati

'Fatin'
'Ye ape'
'Nanti mesti ayah mati dulu kan, lepas tu mama, lepas tu hang, Najmi, Irfan, last2 sekali baru aku'
'Eh, kita mana tahu bila nak mati'
'Betul lah, sape tua dia mati dulu lah'
'Tak semestinya..'
'Dalam kubur camne'
'Entahlah (dah start takut)'
'Ustazah kata Al-Quran teman kita nanti'
'Ye, dah tahu kena la baca Al Quran banyak-banyak okay'
'Takpe'
'kenapa takpe pulak'
'aku baca Quran tiap hari ( p ngaji )'
'Baguslah'
'tak best la nanti tak dapat jumpa lagi'

Even budak kecik pun takut mati. Kita bila lagi ?

Hijab's Day :3

Assalamualaikum dearest..

rupa-rupanya ada hari bertudung seluruh dunia .setelah google check finally found it ''World Hijab Day''
world hijab day ni sebenarnya bagus .sebabnya penganjuran seperti ini akan lebih menggalakkan wanita kat Malaysia ni bertudung .tapi tak tahulah kalau kebanyakan wanita akan bertudung atau tidak setelah mengetahui 'world's hijab day' ni .ataupun ada wanita yang hanya mengamalkan pemakaian bertudung pada hari bertudung seluruh dunia tu je .pakai tudung semata-mata nak menyambut hijab day tuuu ? hari-hari lain macam mana pula ? Astagfirulahhal aazimm ..

semasa google check tadi saya sempat mengambil ,mengetahui sedikit ilmu .jangan ingat dalam google hanya ada ajaran negatif semata-mata .malah google ni tempat untuk menuntut ilmu juga .cuma orang yang tak tahu menghargai teknologi zaman sekarang yang menuntut ilmu negatif kat internet .so,kita jangan jadi macam tu,okay .haha.boleh apa buat kebaikan dalam internet ni,sebar kebaikan .berdakwah dan sebagainya .kan ?

setelah meneliti post pasal 'world's Hijab day' tu ..

hari anjurannya ialah pada 1 February 2013 tahun ini .memang post saya agak ketinggalan pada kali ini ,but apa salahnya kalau sekadar hendak mengingatkan .hehe.bertudung tak semestinya hari itu sahaja kan ,malahan setiap hari anda perlu bertudung .tengok ni .banner dia pon comel kan ?


meskipun tarikh dia pada 1st Feb ,apa salahnya kita pakai hijab hari-hari kan .mesti comel .comel lah pakai tudung , saya tahu mesti ramai wanita wanita di luar sana mempunyai rambut yang cantik,halus,lembut,malah dikurniakan Allah rambut berwarna perang seperti wanita inggeris ... ,tapi rugilah kecantikan itu ditayang dan dibiarkan terbuka untuk tatapan semua orang lebih lebih lagi kaum lelaki .cuba bayangkan lelaki yang melihat rambut kita tu bukan bakal suami kita kelak ,mesti rasa rugi kan .aurat seorang perempuan seperti kita hanya pada lelaki yg bergelar suami je kan :3

so ,pakailah hijab! :) boleh tutup aurat kita.disamping nampak comel .

                                                                                                                                   ikhlas dari hati,
                                                                                                                                   -Hujan-


Thursday 28 February 2013

Aku dan seorang pakcik


Assalamualaikum wbt  :)

Apa agaknya perasaan anda kalau ada seorang pakcik tua mula mendekati anda,
anda waktu tu tengah leka membelek majalah,
tiba-tiba pakcik tu bagi duit RM 4.00 sambil menunjukkan majalah yg dibelinya.

"adik, pakcik nak beli majalah ni.."

TETAPI majalah tu harganya RM 5.00
apa yg anda fikir ?

'eh pakcik ni apasal bagi aku duit ni, dahla tak cukup'
'kesian pulak kat pakcik ni, beli majalah remaja, mesti dia beli untuk anak/cucu dia'
'tapi tak cukup duit dia ni, macam mana ni ?'
'ah, suruh dy bayar sendiri jela, aku bukan salesgirl kedai majalah ni.'
'Ish kesian pakcik ni, beg duit pun takde '
'adei, kau nk beli majalah ke tak ? macam kau kaya sangat bawak duit pun cukup-cukup jer nak beli majalah Gempak (ahaha) '
'ish mana taw aku ni kena tipu ke ? memang taktik pakcik tu ke '
'kesian pakcik tu wei.'

Syaitan dalam diri pun mulalah nak bagi hujah-hujah bernas.

'kau amik je duit tu, biar pakcik tu bawak balik majalah tu, setel la masalah. boleh beli DUA ISSUE MAJALAH GEMPAK !!!! '
'kau nampak je dia tu tua, naik moto cabuk, tah-tah pangkat Dato'

ahahaha tergelak sat. Astaghfirullahalaziiiiimmm. Syaitan dalam diri tumpas xD

siapa tak kesian bila tengok pakcik tua siap berkopiah putih, senyum pada kita.
tangan pun teketar-ketar hulur 4 helai not biru.

'terima kasih pakcik'

Aku sambut duit itu dengan senyuman, pakcik dan moto cabuknya aku perhatikan sampailah dia hilang dari pandangan.

auntie kedai majalah duk menyembang potpetpotpet tak sedar apa yg berlaku.

aku capai majalah yang pakcik tadi beli,

" Auntie, saya nk majalah ni " 
" 5 ringgit adik, mau plastik ? "
" ahaha tak payah makcik, saya ni pencinta alam sekitar "
" haahaa bagusla "

auntie tadi menyambung perbualan yg terhenti.
majalah yang aku beli tadi, aku letak balik di tempatnya.
aku keluar, dengan tangan kosong.

-by Cik Ungu // pelangi