Friday, 1 March 2013

Auntie, Saya mencuri.

Aku korek tabung.
Berterabur duit syiling atas lantai, ada 8 ringgit. Semuanya duit syiling.
Cukup kah ? Cukup kah ?
Dada mula terasa sesak. Mula rasa menyesal tak sudah.

--------------------------------------------

Hari tu aku masuk kedai membawa beg sekolah. Aku pergi ke hujung ceruk kedai, Aha! Itu dia, buku, buku yang aku suka. Aku tak tahu harganya berapa, tapi degan pantas aku masukkan seberapa banyak yang mungkin kedalam beg.

Aku keluar dengan senyuman, bangga.

Sampai ke sekolah aku mula rasa bersalah,

di kelas, aku keluarkan buku-buku tu dan beri kepada kawan-kawan sebagai 'hadiah'.


' Ha banyak kan buku ! Amik lah sorang satu. Aku beli tadi '
' Eh Fatinnn banyaknyeee... Aku nk yang ni '
' Eh aku nk jugak nk jugak '
' Aku pun aku pun '

--------------------------------------------

Rasa bersalah makin hari makin berat,
aku tak boleh nk tutup mata tengok kawan-kawan aku tulis dan guna buku tu.

aku beranikan diri.

'Ibu, macam mane yek kalau orang tu mencuri, lepas tu dy bagi barang curi kat orang lain'
' Mana boleh, dia kena tanggung dosa semua kawan-kawan dia jugak'

Ya Allah takutnya..
ampukanlah dosaku Ya Allah..

Jadi aku nekad.

Keesokan harinya,
aku nampak auntie kupas bawang depan kedai,
berbekalkan duit syiling 8 ringgit,
aku melangkah longlai.

'Auntie, Saya curi buku kat kedai auntie'
lantas kuhulur semua duit syiling yang aku letak dalam kotak,
dan terus lari sekuat hati.


















Takut kepada Allah SWT telah membuatkan aku berani. Walaupun malu, takut, tapi Alhamdulillah semua tu berjaya diatasi. Alhamdulillah..

- Pelangi
rekaan semata2.. haha

No comments :

Post a Comment