Tuesday 26 March 2013

B & B (Bed and Breakfast)

Bed and Breakfast.



A lost, forgotten dream of mine. 

Kadang kala impian lama mula menghantui tatkala diri dibelenggu dengan pelbagai pilihan kerjaya (chewah puitis lak). Bed & Breakfast, ialah salah satu daripadanya.

Impian aku untuk mempunyai sebuah rumah di sebuah perkampungan yang kecil, terletak hanya beberapa meter dari garisan pantai, dimana waktu paginya disambut deru ombak, satu tempat yang perfect, untuk keluarga dan pasangan yang penat dan menyampah dengan kehidupan di bandar. Kaki memijak pasir pantai yang putih, bukan tar panas yang hitam. Angin memukul-mukul muka, bukannya deruan asap daripada ribuan kereta. Panas di pantai bukan panas yang meletihkan, bukan seperti panas di bandar yang membahang.

Satu kabinet kayu gah berdiri di ruang tamu, dipenuhkan dengan buku-buku yang boleh menjadi bahan bacaan, surat khabar hari ini dilipat kemas dan diletakkan atas meja buluh yang terletak di tepi kabinet tadi. Perhiasan dan perabot yang extra large akan menjadi pencuci mata, pengahawa dingin sengaja disetkan kepada suhu yang paling sejuk (supaya tetamu dapat rasa angin sejuk menderu ke muka apabila membuka pintu :P), dan pasu-pasu bunga yang besar menghiasi setiap penjuru ruang tamu. Jangan lupa chandelier kecil dan lantai kayu sebagai penambah seri. Wifi sebagai utiliti wajib (pengusaha B&B yang bijak akan mengalakkan tetamunya menggunakan facebook, agen iklan yang terbukti efektif), pakej bergambar free, brochure menarik berkilat-kilat yang diletakkan di atas meja ( tetamu boleh ambil sebanyak manapun yang mereka mampu haha), pelampung pinjam, basikal yang berfungsi (basikal di pangkor rantai pun tak berminyak), motor (kapcai) sewa, dan mungkin juga kolam mandi di hadapan B&B. Haha, selagi duit dalam poket tak terbatas, buat lah apa pun yang terbayang di minda.

B&B aku, satu hari mungkin menjadi kenyataan. <3

-cik pelangi, cik hujan ngok ngek keja sekarang-

No comments :

Post a Comment