Saturday 4 January 2014

2014 - My personal journey for a better skin!

     Assalamualaikum.

    Muka berjerawat? Jerawat asyik timbul walaupun kerap mencuci muka? -cewah macam iklan tb pulak ngehehe-

      Eh eh, jangan berhenti baca, kak ton saya bukan nak jual produk kecantikan. Cuma nak berkongsi cerita yang dah lama terbuku dalam jiwa ni.

Sebenarnya..
Kita geng. ;_______;


 
    Sedih kan. Kadang-kadang rasa macam nak menyorok belakang tiang aja. Seharian terperap dalam rumah sebab malu dengan jerawat-jerawat yang timbul kat muka ni. I'm depressed. I'm sad. Kawan-kawan kata, chill la. Don't judge a book by its cover katanya. Isi buku tu yang penting, bukannya kulit buku yang berkilat-kilat tu. Cuba korang beli buku yang luaran dia lawa giler, bling-bling gitu kulit bukunya. Dah buka buku tu, baru perasan yang bahasanya berterabur. Ejaan pun tunggang langgang, lembu jadi lebmu, kambing jadi kabming, tak ke mental membacanya? Silap-silap terbang buku tu masuk tong sampah.

      Tapi itu kawan. There is something different about these people that we call 'friends'. They don't care. Bukan 'don't care' macam lantak la kau muka kau yang berjerawat bukan muka aku. HOI BUKAN MACAM TU. Mereka dengan hati terbukanya menerima kita sebagai kawan. Hati diorang ikhlas. I have great friends. Walaupun muka aku berjerawat sana sini, diorang tetap puji, 'lawa ko wei hari ni'. Kembang do. Meter 'perasan lawa' melonjak 100%. haaa haaa haa. .____.

     Orang kata buat apa lawa, tua nanti berkedut jugak. Tua nanti? Tua nanti tu bila? waktu aku umur 40? 21 tahun akan datang?? Walaweyy.




     NO WAY.

     Takkan la tak ada sekelumit pun rasa dalam diri ni, rasa nak cantik?

     Orang yang cantik pun mesti nak lagi cantik.

     Apatah lagi orang yang berjerawat. Harapan ku setinggi gunung!

     Ke tak?

     Tolonglah, aku tak obses kan? AMG.

     Okeylah .____.

     Pernah lah sekali tu tangan gatal, pergi search kat google, 'How to prevent acne from coming back'. Banyak tips yang menyarankan penggunaan lemon. Sorry la I bukan omputih... .________. Kalau dengar lemon, strawberry dan yang seangkatan dengannya, memang takkan beli. Terus tutup tab dan tengok website yang lain. Lepas click yang tu click yang ni, terjumpa satu website. Bawah sekali selepas article yang panjang berjela-jela tu, ada satu ayat.

     "Share your problems. Write us a comment. "

     Aku hanya mampu menelan air liur membaca comment-comment yang ditulis.

     "I have acne since I'm 13 years old. I have tried it all, but nothing happen. Bla bla bla. Now I'm 21 and still dealing with the same acne problem."
   
     GULP.

     "I can't remember my life without acne. I gave up years ago."

     "I wash my face with the lights off. I can't even look at my face. Please help me."

      Double GULP.

      Anyway, seperti tajuk di atas, 2014 will be my year. 2014 tahun memerangi jerawat! Hahaha. Nanti kalau saya ada tips-tips, in sya Allah akan saya post kan. :D (tetibe je penutup nampak sangat malas nak taip kan kan kan)

All the best, for myself!



side note - Tahun ni I guna bio oil dan try makan supplement. Want to know more? Stay tuned. I'll write about it soon.

Paling penting. Have faith. Beauty is skin deep.

Esok balik PALAM. So sad. No more mama and ayah. :(

8 comments :

  1. Salam akak, kita sama je . jerawat suka ziarah muka tanpa kita rela. semoga berjaya memerangi jerawat. fighting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, thanks adik! Aminn, semoga kita berjaya ye. bukan senang tapi tak mustahil.. :)

      Delete
  2. biasalah tu. try lah. T3 pimple gel. ataupun nak yg lagi power Galderma Gel. yang ni ee beli dekat clinic. try cari dekat pharmacy. mana tahu ada. so far pakai cleanser apa? masa form 2 dulu muka ee byk jugak jerawat. tapi lepas pakai cleanser safi balqis colour biru. makin kurang. try lah.
    and sekarang ee pakai sabun wander glow. somethg mcm tu lah. beli online.memang best. jrg dah jerawat ada. lepastu kulit pun makin baik. heheh. but im not prefer oxy sebab mcm menghakis.

    and actually jerawat tu pemanis muka jugak =)
    so all the best. ee tlg apa yg ee boleh tlg.
    peace.

    ReplyDelete
  3. assalam.. I've faced the same probs about 2 years ago.. sebab alergik, masa tu rasa mmg down dan depress. mcm yg nurulee ckp kt atas, sy rasa T3 ok,kalau oxy mmg mengeringkan kulit. takpun cuba awak guna T3 mycin iaitu clindamycin lotion, bagi saya mmg berkesan, tp xtaula mungkin lain org, lain kesan dia.masa pergi hospital, doktor bagi prescription letter utk dapatkan lotion ni di farmasi, means kena beli sendiri. kalau tak nak jenama T3, jenama lain pun ada. boleh dapat kat farmasi, then consult dgn ahli farmasi tu. ;) jerawat sekali naik mmg susah nak hilang. tp apa-apa pun banyakkan minum air kosong ye.. singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  4. okay. lebih kurang la. dah macam-macam produk try, kadang-kadang ingat tak nak pakai apa-apa produk. tapi kalau tak pakai, imas pula nanti bila muka berminyak. tak selesa. runsing betul

    ReplyDelete
  5. ika harap masalah tuan blog ni selesai ya, insyaAllah bila kita usaha mesti ada kebaikannya, cuba try tea tree oil product, apa pun, better consult pada doctor dulu kut...

    ika follow sini :)

    ReplyDelete
  6. elakkan makan telur, jangan raba2 jerawat, banyak minum air kosong. InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. sy pun hadapi masalah jerawat jugak .ntah bila la jerawat nak clear hukhuk rasa malu nak jumpa org :(

    ReplyDelete