Thursday, 2 January 2014

How to - Save your college allowance.

     Sempena tahun 2014, salah satu daripada azam tahun baru ialah - belajar berjimat. So, CHALLENGE ACCEPTED!




     Tiap tahun azam hampir sama - Nak save duit. Nak save duit. Apa kata tahun ni, kita jadikan azam itu satu kenyataan? Dengan adanya cukai-cukai yang baru diperkenalkan, harga barang-barang pun semua dah naik, jadi kita tak ada alasan untuk tidak berjimat.

      Hai, marah pulak. Ehem.

     Dah jadi pelajar universiti. Orang kata di universitilah masa kita belajar cara nak urus duit, cara nak urus diri dan juga cara nak urus masa. Orang yang tak pernah berjauhan dengan ibu bapa, akan mula belajar hidup tanpa ibu bapa - basuh baju sendiri, makan minum cari sendiri.. sobs sobs. Di universiti jugalah kita nak jumpa macam-macam jenis manusia ( kalau korang duduk sekolah menengah dah jumpa macam-macam jenis orang, tunggulah masuk U nanti korang jumpa la species rare manusia perangai pelik, bersepah-sepah weii)

     Universiti ialah tempat untuk kita menimba ilmu. Universiti = pra-kehidupan sebenar. Jadi, sekurang-kurangnya, sebelum kita melangkah ke dunia sebenar, kita dah 'train' diri kita serba-serbi untuk menghadapi kehidupan yang sebenarnya di luar sana.

Okay, back to the point.


1. Rekod segala perbelanjaan


Buat budget sendiri. 'List'kan segala perbelanjaan supaya mudah untuk kita kenal pasti di mana sebenarnya duit kita 'bocor'. Hujung minggu, kenal pasti yang mana keperluan dan yang mana kita sengaja beli (Impulse buy). Kalau tiga kali seminggu kita 'hentam' gula-gula, mentos dan sebagainya. Stop it. Gula menyebabkan kencing manis dan obesiti ok you guys... lol


2. Jimatkan duit dalam membeli makanan


Kadang-kadang kita rasa 'macam teringin nak beli' je makanan tu. Kawan-kawan, tepuk dada tanya perlu kah? Jangan beli dengan sebab 'teringin nak beli'. Please, don't buy on impulse. Jangan beli makanan apabila perut terlalu lapar. Takut nanti akhirnya terbeli lebih daripada yang diperlukan. Satu lagi, kurangkan makan di luar. Makanan di dalam campus selalunya lebih murah daripada apa yang dijual di luar.  :)

Jangan pula terlalu berjimat cermat sampai hari-hari makan maggi!

3. Jangan beli alat tulis/ stationary secara berlebihan


"Nampak macam comel je sharpener bentuk gajah tu. Warna pink pulak tu.. I loikeee. 3 posen jee. Apa lagi angkatlaaa.."

Cik adik, abang, kakak. Kita guna ke sharpener? Don't buy things that we don't need. 

Kadang-kadang kita lemah dengan godaan benda-benda sebegini. Kita beli klip kertas sampai berbelas-belas tapi bila habis sem, tinggal 1 je. Mana perginya? Hilang. Jatuh bawah kerusi dalam lecture hall. Tercicir waktu berjalan ke kelas lain. Bagi satu free kat kawan-kawan (sodokahh). Amboi-amboi, kaya benar.. uhuk uhuk. 

Teringat hari tu terbaca dalam satu blog ni. Adalah sorang pak cik ni beli minyak motor 80 sen je tahu tak? ;___; Bersyukurlah sikit. 

Membebel pulak hehe sorry. 

Okeylah sampai sini sahaja entri kali ni. :) 
Jumpa lagi di masa yang akan datang. 

-NFZ, 2 JAN 2014


3 comments :

  1. gud luck dik... kalau kak naniey awal2 je follow semua tips berjimat cermat neh..lama kelamaan kembali pada tabiat lama..akekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thanks comment akak.
      Itulah takut jugak nanti separuh jalan je nak berjimat cermat ni. :)

      Delete
  2. hahaha.. thnx for the sharing.. Actually for someone like me, time stress la paling byk duit habis !! hahaha.. XD

    ReplyDelete