Saturday, 15 February 2014

Mati itu pasti


Arwah meninggal lepas solat subuh, siap berkopiah dan berjubah. Alhamdulillah arwah sempat solat subuh sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Usia 19 tahun, ya mati tak mengenal usia. Ajal boleh datang menjemput bila-bila masa, walaupun ketika kita sedang lena diulit mimpi.

Kata kawan-kawan arwah, arwah selalu ke surau.

Waktu aku dengar berita tentang pemergian arwah, aku jadi tak tentu arah. Badan tiba-tiba menggigil. Orang yang semalamnya sihat walafiat, boleh bergelak ketawa bersama rakan-rakan, sudah tidak lagi bersama kita pada hari ini. Hidup ini cuma sementara kawan-kawan. Kita mudah lupa yang masa berdetik pergi, menandakan bahawa kita makin hampir kepada Sang Pencipta. Masa kian singkat, umur semakin menginjak naik, namun adakah berbaloi segala amalanku di dunia selama 19 tahun aku berdiri di bumi Allah ini?

Subahanallah, arwah meninggal dalam tidur. Subahanallah.

Teringat cerita Tanah Kubur, orang boleh mati dalam pelbagai cara. Terdetik dalam hati ni, aku nanti macam mana ya Allah? Astaghfirullah al azim... begitu banyak dosa-dosa, tak terhitung rasanya.

Baru semalam beliau mengupdate status di fb.

Baru semalam beliau  megupload naik gambar di instagram.

Bila-bila masa pun kita boleh mati kawan-kawan.

Kita boleh mati esok, kita boleh mati lusa. Mungkin masa kita tinggal kurang dari 24 jam, namun kita masih lagi lalai dengan kesibukkan dunia.

Tutorial tak habis2, preparation untuk exam boleh berjaga sampai pukul 2 3 pagi, Tapi preparation kita untuk ke 'sana' amatlah sedikit.

Siapa kata kalau nak mati kena eksiden dulu? Siapa kata kalau dah tua baru mati? Tak, bila-bila masa pun kita boleh mati. Allah SWT dah tetapkan hari dan waktunya. Kita pun tak akan terkecuali kerana mati itu pasti.

Walaupun aku tak kenal arwah, namun permergiannya amat dirasai. Arwah telah menyedarkan diri ini dan ramai lagi yang terleka di luar sana, betapa kehidupan dunia tak bermakna. Entah kenapa air mata ni mengalir untuk insan ini, yang aku langsung tak kenal. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

1 comment :

  1. Ajal itu datang tanpa mengira waktu, umur, pangkat dan harta.... Qada' dan Qadar serta takdir hakiki kita seperti ajal maut dan jodoh sudah tercatat di luh mahfuz lg... Al fatihah~

    ReplyDelete