Friday, 10 January 2014

Like lah

*___*

Wah, sekarang dah pandai buat page do!  .______.
Harap-harap dapat terus istikhamah dalam menulis blog.

Alamak comelnya pingu ni. :)

Okay, pada siapa-siapa yang nak tahu, nilah page blog ni yang baru dibuka semalam.
TADAAAAA..... -exited tahap gaban-

Hujan Pelangi fb page

dah siap letak kat sidebar tau. hehe. 

k bye. T^T





Saturday, 4 January 2014

2014 - My personal journey for a better skin!

     Assalamualaikum.

    Muka berjerawat? Jerawat asyik timbul walaupun kerap mencuci muka? -cewah macam iklan tb pulak ngehehe-

      Eh eh, jangan berhenti baca, kak ton saya bukan nak jual produk kecantikan. Cuma nak berkongsi cerita yang dah lama terbuku dalam jiwa ni.

Sebenarnya..
Kita geng. ;_______;


 
    Sedih kan. Kadang-kadang rasa macam nak menyorok belakang tiang aja. Seharian terperap dalam rumah sebab malu dengan jerawat-jerawat yang timbul kat muka ni. I'm depressed. I'm sad. Kawan-kawan kata, chill la. Don't judge a book by its cover katanya. Isi buku tu yang penting, bukannya kulit buku yang berkilat-kilat tu. Cuba korang beli buku yang luaran dia lawa giler, bling-bling gitu kulit bukunya. Dah buka buku tu, baru perasan yang bahasanya berterabur. Ejaan pun tunggang langgang, lembu jadi lebmu, kambing jadi kabming, tak ke mental membacanya? Silap-silap terbang buku tu masuk tong sampah.

      Tapi itu kawan. There is something different about these people that we call 'friends'. They don't care. Bukan 'don't care' macam lantak la kau muka kau yang berjerawat bukan muka aku. HOI BUKAN MACAM TU. Mereka dengan hati terbukanya menerima kita sebagai kawan. Hati diorang ikhlas. I have great friends. Walaupun muka aku berjerawat sana sini, diorang tetap puji, 'lawa ko wei hari ni'. Kembang do. Meter 'perasan lawa' melonjak 100%. haaa haaa haa. .____.

     Orang kata buat apa lawa, tua nanti berkedut jugak. Tua nanti? Tua nanti tu bila? waktu aku umur 40? 21 tahun akan datang?? Walaweyy.




     NO WAY.

     Takkan la tak ada sekelumit pun rasa dalam diri ni, rasa nak cantik?

     Orang yang cantik pun mesti nak lagi cantik.

     Apatah lagi orang yang berjerawat. Harapan ku setinggi gunung!

     Ke tak?

     Tolonglah, aku tak obses kan? AMG.

     Okeylah .____.

     Pernah lah sekali tu tangan gatal, pergi search kat google, 'How to prevent acne from coming back'. Banyak tips yang menyarankan penggunaan lemon. Sorry la I bukan omputih... .________. Kalau dengar lemon, strawberry dan yang seangkatan dengannya, memang takkan beli. Terus tutup tab dan tengok website yang lain. Lepas click yang tu click yang ni, terjumpa satu website. Bawah sekali selepas article yang panjang berjela-jela tu, ada satu ayat.

     "Share your problems. Write us a comment. "

     Aku hanya mampu menelan air liur membaca comment-comment yang ditulis.

     "I have acne since I'm 13 years old. I have tried it all, but nothing happen. Bla bla bla. Now I'm 21 and still dealing with the same acne problem."
   
     GULP.

     "I can't remember my life without acne. I gave up years ago."

     "I wash my face with the lights off. I can't even look at my face. Please help me."

      Double GULP.

      Anyway, seperti tajuk di atas, 2014 will be my year. 2014 tahun memerangi jerawat! Hahaha. Nanti kalau saya ada tips-tips, in sya Allah akan saya post kan. :D (tetibe je penutup nampak sangat malas nak taip kan kan kan)

All the best, for myself!



side note - Tahun ni I guna bio oil dan try makan supplement. Want to know more? Stay tuned. I'll write about it soon.

Paling penting. Have faith. Beauty is skin deep.

Esok balik PALAM. So sad. No more mama and ayah. :(

Thursday, 2 January 2014

Cbox comel bentuk bear!

Comel kan Cbox baru I? 
._________.
muehehe.


First try, maaf sebab terlalu pendek. 
Bolehlah tengok tutorial ni untuk cara-cara nak cantikkan cbox korang. 

Untuk width, korang ubah ke 180 untuk image quality yang lebih baik. 
Korang stretch kang jadi blur pulak. 

Art (c) NFZ 
100% mine. 
Made in Paint. 

Sila-sila. jangan malu-malu.


http://i299.photobucket.com/albums/mm288/Magical_Spellcaster/bearbrownup_zpsf91fdf37.png


http://i299.photobucket.com/albums/mm288/Magical_Spellcaster/bearbrowndown_zps0cf66c99.png




http://i299.photobucket.com/albums/mm288/Magical_Spellcaster/bearpurpleup_zpsaa871687.png


http://i299.photobucket.com/albums/mm288/Magical_Spellcaster/bearpurpledown_zps27b4d804.png




http://i299.photobucket.com/albums/mm288/Magical_Spellcaster/bearblueup_zps971756f5.png


http://i299.photobucket.com/albums/mm288/Magical_Spellcaster/bearbluedown_zps5547227b.png

How to - Save your college allowance.

     Sempena tahun 2014, salah satu daripada azam tahun baru ialah - belajar berjimat. So, CHALLENGE ACCEPTED!




     Tiap tahun azam hampir sama - Nak save duit. Nak save duit. Apa kata tahun ni, kita jadikan azam itu satu kenyataan? Dengan adanya cukai-cukai yang baru diperkenalkan, harga barang-barang pun semua dah naik, jadi kita tak ada alasan untuk tidak berjimat.

      Hai, marah pulak. Ehem.

     Dah jadi pelajar universiti. Orang kata di universitilah masa kita belajar cara nak urus duit, cara nak urus diri dan juga cara nak urus masa. Orang yang tak pernah berjauhan dengan ibu bapa, akan mula belajar hidup tanpa ibu bapa - basuh baju sendiri, makan minum cari sendiri.. sobs sobs. Di universiti jugalah kita nak jumpa macam-macam jenis manusia ( kalau korang duduk sekolah menengah dah jumpa macam-macam jenis orang, tunggulah masuk U nanti korang jumpa la species rare manusia perangai pelik, bersepah-sepah weii)

     Universiti ialah tempat untuk kita menimba ilmu. Universiti = pra-kehidupan sebenar. Jadi, sekurang-kurangnya, sebelum kita melangkah ke dunia sebenar, kita dah 'train' diri kita serba-serbi untuk menghadapi kehidupan yang sebenarnya di luar sana.

Okay, back to the point.


1. Rekod segala perbelanjaan


Buat budget sendiri. 'List'kan segala perbelanjaan supaya mudah untuk kita kenal pasti di mana sebenarnya duit kita 'bocor'. Hujung minggu, kenal pasti yang mana keperluan dan yang mana kita sengaja beli (Impulse buy). Kalau tiga kali seminggu kita 'hentam' gula-gula, mentos dan sebagainya. Stop it. Gula menyebabkan kencing manis dan obesiti ok you guys... lol


2. Jimatkan duit dalam membeli makanan


Kadang-kadang kita rasa 'macam teringin nak beli' je makanan tu. Kawan-kawan, tepuk dada tanya perlu kah? Jangan beli dengan sebab 'teringin nak beli'. Please, don't buy on impulse. Jangan beli makanan apabila perut terlalu lapar. Takut nanti akhirnya terbeli lebih daripada yang diperlukan. Satu lagi, kurangkan makan di luar. Makanan di dalam campus selalunya lebih murah daripada apa yang dijual di luar.  :)

Jangan pula terlalu berjimat cermat sampai hari-hari makan maggi!

3. Jangan beli alat tulis/ stationary secara berlebihan


"Nampak macam comel je sharpener bentuk gajah tu. Warna pink pulak tu.. I loikeee. 3 posen jee. Apa lagi angkatlaaa.."

Cik adik, abang, kakak. Kita guna ke sharpener? Don't buy things that we don't need. 

Kadang-kadang kita lemah dengan godaan benda-benda sebegini. Kita beli klip kertas sampai berbelas-belas tapi bila habis sem, tinggal 1 je. Mana perginya? Hilang. Jatuh bawah kerusi dalam lecture hall. Tercicir waktu berjalan ke kelas lain. Bagi satu free kat kawan-kawan (sodokahh). Amboi-amboi, kaya benar.. uhuk uhuk. 

Teringat hari tu terbaca dalam satu blog ni. Adalah sorang pak cik ni beli minyak motor 80 sen je tahu tak? ;___; Bersyukurlah sikit. 

Membebel pulak hehe sorry. 

Okeylah sampai sini sahaja entri kali ni. :) 
Jumpa lagi di masa yang akan datang. 

-NFZ, 2 JAN 2014


Friday, 12 April 2013

Bila kami bercakap tentang baju....

Assalamualaikum.

Entah kenapa, bila buka blog shopping online, semuanya nampak cantik, semuanya nampak comel-comel. Aiyooo. Walaupun kita tak boleh rasa kain baju tu, tak boleh try tapi tetap nak beli. Mula-mula memang rasa ragu-ragu, tapi bila dah empat lima kali bukak site yang sama, takkan nak tenung je screen komputer tu kot? Last-last click jugak butang 'buy now' tu. Tu pun selepas mak (tukang sponsor duit) jadi rimas sebab setiap 5 minit tanya 'Mama, boleh tak nak beli baju ni?'.


Baju daripada ThePoplook. :) Segan nak jadi model, buh gambar baju pun jadilah kan ?
Suka betul dengan baju kain chiffon . >.<

Bercakap pasal baju...


Aku ada seorang kawan yang memang minat sangat design baju. Dipendekkan cerita, haritu dia datang rumah aku, dengan design-design dia yang comel ni... Punyalah khusyuk bersembang, dia lupa bawak balik sketchbook dia... so, I took a snapshot of it. :) Jangan mara ye.. 

Tangan I gatal nak try jugak. =,=



er... selalu senget. =,=





Saturday, 6 April 2013

Jealousy













I love you :
I'm not leaving. I'm offering a commitment. 
I'll be brave, to protect you is my priority.  
I'll be faithful. 

Jealousy :
The feeling of anxiety, insecure, and fear.

"It is not love that is blind, but jealousy."

Cinta tak lengkap tanpa ada rasa cemburu.
Pahitnya cemburulah yang mengindahkan cinta. :)


Wednesday, 27 March 2013

Satu permintaan.

Warning = kegatalan melapau.


     Kalau aku diberi satu permintaan, aku nak lihat tubuh tinggi lampai itu berada dihadapan aku setiap hari, berjalan memasuki pagar yang sama dan menyusuri jalan yang sama sekali lagi. Anak petani kelahiran Kedah itu, senyumannya agak luar biasa. Setiap hari, aku bagaikan tertarik hendak mengejarnya dari belakang, berjalan seiiringan dengannya dan bersembang bertukar-tukar cerita. Ramai yang menggosipkan kami bersama, but liking someone doesn't mean that you have to be lovers. Walau ramai yang berkata, lelaki dan perempuan bukan ditakdirkan untuk berkawan kerana perasaan cinta akan datang juga sebagai pengacau dan orang tengah satu hari nanti, namun aku sendiri tidak pasti perasaan aku kepadanya, dan aku pasti dia juga tidak punyai apa-apa perasaan terhadapku. Hubungan kami pastinya bukan berdasarkan cinta, kami mahu bersahabat. Ya, kalau ditanya siapakah kawan baik a.k.a best friend aku, dengan jujurnya aku akan menjawab ; Muhammad Rizal bin Ridzuan Shah.


Hahaha. Wujudkah ikatan 'persahabatan' seperti di atas ? Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan baik, tapi tak ada apa-apa rasa cinta mahupun perasaan sesama sendiri ? hmm... Topik ni masih lagi dalam siasatan aku. Perenggan atas ni, merupakan idea untuk satu cerita pendek yang sedang aku usahakan haha (mungkin bakal diusahakan dgn Cik Liyana Shuib satu hari nanti? )